me,myself & i

My photo
assalamualaikum.. hei.. im nyna.. my full name is Nurul Jasrina Akma.. im 20 years old.. da tua daa..hee cite2 i nk jd Pensyarah.. or Cikgu... i wish 1day a ade nursery sendiri.. sbb i suke banget sme bdk2... my hobi?? haha Membace!! bg jelah pape kt i..even buku cerita bdk 3taon.. i ttap bace..mlalui internet nie gk i crik bahan bacaan.. and share gan u guys.. hero favourite i.. haha Ahmad Faezal.. he is my mutiara hati dunia & insyaAllah smpy akhirat.. ily him so much.. doakan kami yew?? ^_^ i sorg yg simple.. talkative.. HAHA.. if u xknal i.. mst nmpk cm i gedik,ngade2 or poyo.. but if dh knal.. trust me.. i will be da one as ur bezfwen.. pape pon.. enjoy tau bace blog i nie.. moge dpt menambah ilmu kowg sume.. daa To sesape yg bce blog nie.. i juz nk share pengetahuan..pengalaman & about me..^_^ 4 u b; thanks a lot.. i want u knw dat u r my inspiration & strengthen.. i love u b... ^_^

Thursday, November 11, 2010

saya rela berMADU.. =)

its too early to talk about Marriage & share husband...
tp since i tgok cte Chinta..  i jd mken matang..
wanita.. sanggupkah kalian bermadu????
mst Tak kan punye laa.. sape sanggup...??
i pon x.. he is mine only...tp...
if die dh jatuh aty kt gurl laen slaen i...
xkn i nk halang...??
hurmm... klw kte syg someone tuu...
kte mst nk die happy rite??
utk u sayang... i know.. u luv me only...
xde gurl laen... u msg i sorg...lyn and spend time gan i...
and i tau jgk.. ramai gurl ske kat u...
harap Allah swt tutupkan pintu hti u tuk gurl laen...
tp if terbukak jugk.. i trime dgn lapang dada..
cewaaaaaaaaaaaaahhh!!!
tp btol nie... i sanggup sayang.. =)

Wednesday, November 10, 2010

saraf lemah...

hurmmm..
bape arini ak jd si capik..
kaki saket sgt2... hurm...
but be4 nie ak leyh tahan ag...
tp smlm.. worse gle!!!
saket yg teramat...
nyilu.. kaki & tangan langsung takleh 
kene sejuk..nk genggam & jalan pon payah..
nangis, nangis & nangis tu jea yg mampu ak bwt..
nk pegi dpur amek ubat pon xlarat..
hurmmm... ble og tnye ase cmne..
ak xmampu nk gambarkan...TERAMAT SAKET!!!
mak & ez dh susah hati.... tgk ak trok sgt...
hurmm.. arini.. ok cket.. paas mkn ubat..
tp still xley jln btol2..so sad...
16hb 11 nie bufday die.. tp ak plak sket..
maybe today ak g klinik ag.. refer hospital...
check kt doc pakar...
i wish ill be ok...sihat nyna pliss!!!

Tuesday, November 9, 2010

sejarah malaysia tema 2

Sejauh manakah dasar tidak campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu dapat dipertahankan sehingga tahun 1874?

 Sebelum tahun 1870, British telah menjalankan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu. Hubungan British dengan negeri-negeri Melayu hanya tertumpu kepada aktiviti perdagangan sahaja. Pada ketika itu, British tidak mahu terlibat dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu kerana ingin menjaga hubungan dengan Siam dan menjaga kepentingan perdagangan British. Pada peringkat awal,British amat mematuhi dasar tidak campur tangan namun begitu secara realitinya, British telah melanggar dasar ini apabila kepentingan ekonomi mereka terancam.



  Pada peringkat awalnya sememangnya  British mempertahankan dasarnya untuk tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa kes membuktikan keadaan ini.  Kes Siam ke atas Kedah pada tahun 1821 merupakan salah satu contoh  yang membuktikan keadaan ini. Siam menuduh Kedah berkomplot  dengan Burma. Sultan Ahmad Tajuddin iaitu sultan Kedah meminta bantuan Inggeris di Pulau Pinang tetapi ditolak oleh Inggeris kerana ingin menjaga hubungan baik dengan Siam.
 

Dalam satu peristiwa yang lain, James Low telah menandatangani Persetiaan Low dengan Sultan Perak. Menurut perjanjian ini, SHTI berjanji akan memberi  perlindungan ketenteraan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam dan Negeri-negeri Melayu. James Low juga telah melibatkan diri dalam kes memusnahkan pusat lanun di Sungai Kurau. Betapa seriousnya Inggeris dalam mematuhi dasar tidak campur tangan ini dapat dilihat apabila  James Low  digantung perkhidmatannya dan tidak dibenarkan aktif dalam politik di Negeri-negeri Melayu    gara-gara tindakannya yang melanggari dasar tidak campur tangan Inggeris.
 

Kes Perang Linggi yang berlaku antara Yam Tuan Muda Rembau dengan Pembesar Linggi berlaku kerana persaingan merebut kawasan perlombongan bijih timah. Saudagar Inggeris meminta bantuan Inggeris bagi memulihkan keamanan agar kepentingan perdagangan mereka dilindungi. Malangnya permintaan mereka ditolak oleh Gabenor kerana berpegang teguh terhadap dasat tidak campur tangan Inggeris.
 

Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak telah disingkirkan dari system giliran takhta telah meminta bantuan Inggeris untuk mendapatkan semula takhta kerajaan Perak tetapi ditolak oleh Inggeris.
 

Walaupun Inggeris cuba mengelak diri daripada terlibat peristiwa politik tempatan, tetapi tindakan tersebut tidak bertahan lama. Terdapat peristiwa-peristiwa yang memaksa Inggeris untuk campur tangan secara tidak langsung dalam hal ehwal negeri Melayu demi kepentingan ekonomi mereka sebelum tahun 1874.             
 

Campur tangan Inggeris secara tidak langsung sebelum tahun 1874 mula kelihatan setelah tercetusnya Perang Naning. Perang Naning merupakan kesan Perjanjian Belanda 1824 di mana pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Masalah tercetus apabila Gabenor NS iaitu Robert Fullerton melaksanakan undang-undang tanah, kehakiman, dan mengutip cukai di daerah Naning kerana menganggap Naning dibawah pentadbiran Inggeris. Masalah semakin rumit apabila Naning di desak oleh Inggeris untuk menghantar satu persepuluh daripada hasil tahunan ke Melaka dan menghalang Dol Said berkuasa di Naning. Dol Said tidak puas hati dengan tindakan pihak Inggeris kerana beliau berpendapat Naning merupakan sebuah negeri yang merdeka. Kerajaan British bimbang  Dol Said akan mempengaruhi penduduk Naning supaya tidak membayar cukai. Pada tahun 1831 British telah menghantar angkatan perang ke Naning namun kalah kerana Dol Said dibantu oleh pembesar Yamtuan Ali Rembau, Syed Saaban, Datuk Kelana Sungai Ujung dan Penghulu Gemenceh. Taktik yang digunakan oleh Dol Said ialah serang hendap, menanam ranjau, dan menebang pokok kayu. Serangan kali ke 2 oleh inggeris telah mencapai kemenangan kerana Dol Said tidak mendapat bantuan daripada pembesar lain. Dol Said diberi pencen 100 rupee sebulan serta sebuah rumah di Melaka.
 

Pada tahun 1857 telah berlakunya perebutan takhta antara Bendahara Wan Mutahir dan Wan Ahmad di Pahang.perbalahan ini menyebabkan perang saudara. Wan Ahmad telah pergi ke Bangkok untuk meminta bantuan daripada Siam. Siam bersetuju dan menjadikan Terengganu sebagai pengkalan untuk menyerang Pahang. British amat bimbang dengan kehadiran Siam di Terengganu kerana ia boleh menggugat kepentingan British. Sultan Terengganu diberi amaran oleh British supaya tidak terlibat dengan pertikaian tersebut.British telah menyerang kubu pertahanan di Terengganu kerana perang saudara tersebut mengganggu aktiviti ekonomi saudagar British. Oleh itu, Inggeris berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam di Pahang dan Terengganu serta menjamin kepentingan ekonomi British di  negeri-negeri tersebut.
 

British juga menunjukkan  campur tangan melalui Perjanjian Burney. Dasar perluasan kuasa Siam ke atas Kedah, Perak, dan Selangor telah mengheret pihak Inggeris campur tangan dalam politik di negeri-negeri tersebut. Raja Ligor bertindak menghantar  tenteranya ke Perak kerana Perak enggan menghantar bunga emas ke Siam. Selangor pula dituduh bersubahat dengan Perak untuk menentang Siam. Robert Fullerton iaitu Gabenor NS menghantar wakil iaitu Kapten Henry Burney ke Ligor untuk berunding dengan Siam untuk melindungi kepentingan ekonomi Inggeris. Kapten Henry Burney telah menandatangani Persetiaan Awal dengan Raja Ligor pada 31 Julai 1825. Di dalam perjanjian tersebut Raja Ligor berjanji tidak menyerang Perak dan Selangor. Siam juga bersetuju tidak akan memaksa Perak untuk menghantar bunga emas sebagai ufti. Kedatangan Henry Burney ke Bangkok telah menyebabkan termeterainya Perjanjian Burney dengan Raja Siam.
 

Secara keseluruhannya, perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah mendorong pihak British mencari tanah jajahan yang diharapkan dapat membekalkan bahan mentah untuk keperluan kegiatan perindustrian di sana. Hal ini menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu agar kepentingan mereka terus terjamin.
 


 

sejarah malaysia tema 2

Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20

Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini.

Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi.

Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20

Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu

Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan ini. Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah.

Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru. Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli utama di dunia

Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan perkembagan perusahaan getah.  Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

Monday, November 8, 2010

gelora jiwa by yuna

Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja


Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

16 NOVEMBER 2010

Tkotnyerr tarikh nii...
aishhhh.. ni bufday MY B laaa ngek hehe..
im happy 4 him..yang xbape nk hepinya is I xde dwit!!
ish.. kering gle baban nii....
naseb baek hadiah die dh beli dh...
tp duit tuk Cake, coklet.. xbeli ag... hurmmmmmmmmmmm...
RM50.. susahnyerr nk carik yunk...
satu2 nya harapan is Duit Mak.. hehehe
tp jahatla pulak...
xpe2 sy sanggup jd Orang Gaji sementare demi RM50 tuuu...
pliss yew mak... last hope nie....
hurmm... =(

benci saket hati saket kaki.. grr begang!!!

heyy u!!!
jantan xbape nk guneee.....
weii agak2 r pangai ko....
slame nii ak tgok.. & diam kan jea...
skang TIDAK ok...??
ko ingat ak senang kene buli mcm tuttttttttt...
hey klw ak gf ko, dah lame ak ckp BUBYE la wei..
pangai cm monyet!!
xde hati pwott!!!
ak seriuz bengang gle viva niiiiii!!!!!!!!!!!!!
dahla ko... g maam la weii!!! 

Lelaki idaman saya.. =)

saya  tak harap kekasih setampan BRAD PITT atau secomel ZAC EFRON menjadi milik saya..
saya  tak perlukan kekasih laksana SHAH JEHAN yang sanggop membina Taj Mahal untuk dijadikan bukti cintanya pada saya..
saya tak ingin kekasih seperti Romeo yang sanggup mati demi 
seorang wanita yang dicintainya..

yang saya perlukan ialah kekasih yang indah rupa parasnya
kerana air wuduk & sujud pada Allah swt laksana Nabi Yusuf a.s....
yang saya dambakan kekasih yang taat akan perintah Allah swt umpama Nabi Ibrahim a.s...
yang saya impikan adalah untuk dicintai lelaki yang luhur cintanya kepada Allah swt seperti Rasulullah saw....

Sunday, November 7, 2010

lepas STPM.. work.. kerja... THEN.. get married laaaa!!

menghitung hari nk exam...
afterdat.. enjoy jln2 mkn2... dating2 gan my syg..
pastu.. next year kerja!!!
nk kerja ape yea??
i know...
cikgu tadika la... sgt2 chumell hehe...
mak suh keje.. abah pon...
abah sbok suh apply polis...
haiyyaaa!!! sy xckup tinggi lorh...!!!
hurmm.. nurse?? dlm pertimbangan.. heheh.. but i xnklaaa
huhu.. so cik EZ kene la bwk sy crik keje yea??
awk jd driver sy dlu okeyh?? mmuuaaahhhh!!!
smlm epy glerrr... mak bg greenlight kwen awal ;p
mak ckp ckup dwit.. dpt keje ttap.. ske aty ko laa... ;)
im so happy.. tpkn.. kenduri kwen skang.. klw xde 30 ribu..
xpayahlaa... huh!!
so lmbat agyla kwen jwbnye... cik EZ.. kumpul dwit byk2 tau...
xsabar neyh..gatai nye NYNA!!!

Saturday, November 6, 2010

Hendak ku nangis

Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat



Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah



Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma


Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

by Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


diz song 4 u b...
tew minx maaf smlm again minx break gan awk...
im sorry.. again & again im so sorry...
tew syg awk sgt.. u r my everything...
ayah,abang,adik,kwn baik..bf & cikgu tew... 
tew xley bayang klw sehari xde awk...
hurmm.. i love u Ahmad Faezal!!

Friday, November 5, 2010

nie Ahmad Faezal sy punye!!!


                   asal boy sukee sgt kete nie...?? xdela comei mane....
                  cute lg volkswagen i yunk!! huhu.. tp xdinafikan...
                     klw my b bli kete.. i nk jd org 1st yg naek hehe...
                       jakun kott!!! ingat senang nk dapat weyh???!!
                   org kaye ley r... hehe..syg, bli tau nty..bley bb bwk!!
                          insyaAllah.. klw ade rezeki kan..ily B!!

nie Nurul Jasrina Akma punye!!!


ni saye punye...
comel sgt2 mcm dlm cte herbie fully loaded!!
nak nak nak...!!!!
u r MINE only!!

Thursday, November 4, 2010

krim yg mak tew suh pakai siang malam!!! hee ily mak!!!



   

make up kuwh... yg wajib dipakai.. =)

Avon Ideal Shade Matte Mousse Foundation..



















Avon SuperCurlicious Mascara


















Avon Ultra Colour Rich Mega Impact Lipstick > Pink Pop!!

my favourite heroin... ^_^

Juliana aziz... or dikenali sbg jue aziz...
die ni gorgeous!!!!sgt2 ske die..
muke die sweet sgt2...ckp pon lembut jea...
sgt2 ske die... mule admire die time die 
berlakon drama dua hati...
paling suke die time cite Janji Kekasih...
die lawa + cantik sesangat u..pakai tudung!!
nk bdn cm die... cntik... xkurus or gemok sgt..
sedap2 jea... ily Jue!!

my favourite heroin... ^_^

Fasha Sandha....
die sememangnye sgt2 cantik...
die la heroin mase kini..
huhu..lakonanye yg MANTAP!!
dlm cite Natasya...suatu mase dulu tlah membuke 
mate pelbagai pihak...
dihimpit dgn pelbagai kontroversi disebalik kemasyurannye...
huhu.. tp drama Chinta...tlah mengembalikannye
 ke posisi die kembali... pape pon we <3 u fasha!!!

suke duke share same2 itula namenye KAWAN!!!

bodonyer laki tuu!!!
grr... agak geram dgn boy tuu..
bodo sgt2... sbb bwt kwn sy cmnie..
huh!!! 
tp btol la ckp org..
gurl yg baek tuk boy yg baek..
boy tuu mmg rugi sesangat kot!!
kwn tew nie cntek an.. =)
harap die kuat hadapi sume nie...
i love her so much!!!
nty ko g oversea...
dpt doctor..
ko tayang kt fb tau!!
bia mamat tu ternganga tgk...
hehe... ^_^


Wednesday, November 3, 2010

STPM!!!!!!!!

YA ALLAH.....
KEJAP JEW...... PEJAM CELIK....
DAH NK STPM!!!!!
ARGHHHH...BYKNYE XCOVER AG!!!
20 ARI JE AG.. SEMPAT KEW?????!!!!!
APEPON... CHAYOK2 NYNA!!!!
SETAHUN SETENGAH NIE...
BYK DUGAAN YG AK KENE LALUI...
KLW AK BERJAYE DPT RESULT STPM BAGOS...
INSYAALLAH KN?? SO DLM 20 ARI NIE..
NYNA AKAN BERTUKAR JD GIANT!!!
BOOK IS MY BOYFIE...
AHMAD FAEZAL CMPAK KE TEPI SEKETIKA..
HAAHAHAHA IM SORRY B!!!

Tuesday, November 2, 2010

kadang-kadang.....

hurmmmm.... miss sgt nk tulis novel & cerpen cm dulu2...
xde mase laa... exam 23/11 nie... hurmm....
cdey sgt2... tp pas exam... insyallah.. nk mule tulis novel balek...
and 4 sure... nk beli novel laen sbg rujukan...huhu
nanti bile dh tulis novel.. im sorry ea cik AHMAD FAEZAL...
sy akan jd wanita yg super bz gan laptop..& note book sy...
^_^

i lurve U ya Allah..

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

'Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.'